5 Gred SOLAT
Alhamdulillah, satu perkongsian menarik, di copy terus dari facebook siapa tah yang buat ni, oklah, takpa, jom kita baca dan tengok kita duduk kat mana.
![]() |
| Solat 5 waktu |
Gred E
Bila azan, buat tidak tahu, tengah memasak terus memasak, tengah berfb terus berfb, sedang tengok TV, terus tengok tv dan seumpamanya.
Gred D
Bila azan berkumandang, dia perlahankan tv, perlahankan radio, tetapi tetap meneruskan aktiviti, tidak bersedia untuk solat.
Gred C
Bila azan berkumandang, terus mengambil wuduk dan solat.
Gred B
Bila azan, terus berwudhu’ dan menuju ke masjid mahupun surau.
Gred A
Bila azan, sudah berada di masjid dlm keadaan berwudhu’, dan bersedia untuk solat.
Apakah gred solat kita?
Kalau exam kita nak gred A sokmo..
Solat kita macam mana? Ingatlah.! solat adalah perkara pertama yang akan ditanya oleh Allah di hari perhitungan nanti. Hooo, jom kita baca pulak kisah solat berjemaah kat sini.