Kajian Kembar NASA : Beza Bumi Dan Angkasa
- By: faizsaaid
- On:
- 3 Comments
Tahun 2016, delegasi Malaysia selamat menghadiri Shaklee Global Conference yang diadakan di Orlando, Florida. Bak kata Mohd Kamarul Baharin, semuanya nak meraikan kejayaan shaklee dan Disney, 60 tahun jugak, di bandar yang sama dengan kelahiran Disney Land pertama di dunia. Boleh kata, banyak aktiviti yang best, selain dari makan makan ala zaman di raja, pergi melawat space shuttle, pergi shopping perabis duit yang tak habis, saat yang paling menggembirakan diorang ni tentu sekali mendengar sendiri cerita menarik kembar angkasawan Amerika, Mark Kelly dan Scott Kelly. Semua jadi gile rekod video macam video Aya Chalo , lepas tuh macam biasa kena amek gambar bersama Mark dan Scott. Kat Malaysia ni pun ada jugak, tapi ambil gambar dengan Upin dan Ipin, botak jugak, tapi watak kartun lah.
Mark Kelly dan Scott Kelly
Kenapa Mark dan Scott ni sangat istimewa buat Shaklee, dan paling penting buat NASA ? Jawapannya tentu sekali misi utama NASA, nak travel pergi ke MARIKH, planet yang paling hampir dengan BUMI . Mark dan Scott adalah kembar seiras, yang dipanggil sebagai monozygot. Lagi satu Mark dan Scott satu-satunya angkasawan kembar dalam dunia. Korang pernah tanya kenapa tak panggil je orang lain ? Angkasawan lain tak boleh jadi eksperimen ke ?
Kembar Seiras
Jawapannya tentu sekali pada istilah KEMBAR !! Ye anugerah dapat anak kembar ni bukan semua orang boleh dapat. Nak cerita kembar ni ada yang sama muka, dipanggil kembar siam, cerita bab kembar ni, tentu sekali korang tahu, pasangan kembar akan ada juga perbezaan jugak. Satu contoh aku bagi pasal kembar Zaquan dan Aidil. Aidil power sikit, main JDT 1, team utama, kembar dia main JDT 2. Lagi satu contoh aku bagi gambar yang ramai SID guna, cerita kembar yang sama, sorang makan shaklee, sorang tak makan. Walaupun mereka ni DNA sama, sifat genomik yang sama, tapi yang makan shaklee tuh yang lebih sihat, nampak lebih muda. Hhaha, itu belum lagi ko boleh tipu macam magician buat, rupanya guna kembar seiras je. huhuu.
Angkasawan Kembar
Tapi bagi NASA, Scott yang lambar 6 minit dari abangnya Mark, sudah cukup untuk menjalankan experiment TWIN STUDY nih. Ye, betul. Eksperimen ni dengan hanya berpandukan kepada Scott dan Mark. NASA nak tengok, apa yang berlaku kepada badan manusia bila berada di angkasa lepas, yang tentu sekali lebih banyak terdedah kepada radiasi. Jadi NASA telah memilih SCOTT untuk berada di ANGKASA selama 382 hari, dan MARK duduk di bumi sebagai pilot study. Sebab mereka ni genome sama, jadi, segala data yang diperoleh dari SCOTT akan dicompare dengan result MARK.
Kajian Angkasa Lepas
NASA menerima 10 proposal untuk ujikaji di angkasa lepas. Antara yang paling best tentu sekali kajian bagaimana TELOMERE seseorang akan berubah bila berada di angkasa lepas. TELOMERE ni tak asing lagi bagi SID yang suka mengkaji tentang Penuaan dan VIVIX. Sebab telomere ni macam kapsul pelindung kepada sesebuah kromosom. Mengikut kajian, TELOMERE akan memendek bila usia kita meningkat, dan kita akan semakin tua. Lagi satu kajian mengenai TELOMERE di angkasa lepas sangat penting. Di Angkasa lepas, atas dasar faktor relativiti, orbit di angkasa lebih laju di bumi, sebab itu umur Scott tentu lebih tua berbanding dengan Mark bila dah sampai di angkasa. Betapa sengsara nya Scott sebab dia sendiri perlu keluarkan sampel darah dari badan dia di angkasa, dan sampel tuh dihantar terus ke bumi, Mark tentu lebih rilek di bumi.
memang rare kan twins ni…terbaik lah. Namun kajian Telomere tu mmg menguji minda kita.
betul sangat menguji minda